Dalam laman web ini, kami akan membongkarkan semua rahsia dan ilmu perwaletan secara terperinci untuk dikongsikan bersama. Harap semua akan mendapat manfaat dari perkongsian percuma ini.
Untuk memudahkan anda semua memahami secara satu persatu, kami akan bahagikan info ini kepada 6 bahagian utama:
Asas burung walet
Habitat spesis burung walet yang mampu menghasilkan sarang walet adalah terhad kepada beberapa buah negara di Asia Tenggara sahaja. Malaysia dan Indonesia merupakan 2 negara utama yang memonopoli lebih dari 90% pasaran sarang walet dunia. Jadi adalah amat merugikan jika kita tidak memanfaatkan hasil kurniaan alam yang diberikan kepada kita ini.
Pada asalnya burung walet cuma menginap dan bersarang di dalam gua sahaja. Tetapi sekarang majoriti burung walet telah bertukar habitat dan bersarang di dalam rumah burung walet (RBW) yang dibina khas untuknya.
Kitaran hidup burung walet dari hari pertama ia mula membuat sarang ke hari anaknya mula terbang mengambil masa selama 3-4 bulan. Ini bermakna dalam 1 tahun sarang walet boleh dituai sebanyak 3-4 kali. (Sila lihat carta dibawah untuk memahami kitaran hidup burung walet)
Musim menuai sarang: 3-4 kali dalam setahun
Asas Rumah Burung Walet
Industri rumah burung walet telah diketegorikan sebagai industri yang berimpak tinggi kerana hasilnya yang lumayan. Harga sarang walet bersih boleh mencecah RM10,000 sekilo dipasaran antarabangsa. Oleh kerana itu kerajaan amat menggalakkan orang ramai untuk menceburi bidang ini.
Industri ini telah menghasilkan ramai petani walet yang berjaya meraih pendapatan sehingga puluhan ribu sebulan. Di sebalik kejayaan itu, ramai juga petani walet yang gagal kerana kekurangan ilmu dalam dunia perwaletan ini. Kami telah mengambil initiatif untuk membantu memberikan bimbingan dan infomasi secara percuma kepada petani-petani walet untuk dimanfaatkan bersama. Biasanya infomasi dan maklumat penting ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum.
Ilmu berkenaan dengan lokasi, design dan tataruang, adunan suara dan tweeter, penggunaan racun yang sesuai, aroma/hormon yang berkesan dan pengurusan yang betul adalah amat penting untuk kejayaan sesebuah rumah walet.