Aroma
- Asas aroma
- Jenama aroma
- Cara Ujian
- Aroma Top
1. Asas aroma
Aroma atau hormon merupakan satu “Faktor Penyumbang” yang amat penting dalam kejayaan sesebuah rumah walet. Berbeza dengan faktor utama, faktor penyumbang ini lebih bersifat optional iaitu ia boleh diamalkan ataupun tidak bergantung kepada kehendak petani walet.
Mengikut pengalaman kami, penggunaan aroma yang betul dapat membantu mempercepatkan perkembangan populasi sesebuah rumah walet berbanding dengan rumah walet yang langsung tidak menggunakan aroma.
Sedia maklum burung walet memiliki deria bau yang amat sensitif terhadap persekitaran mereka. Contohnya jika rumah walet anda diserang burung hantu atau tikus, ianya perlu dibersihkan dengan betul dan bebas dari bau pemangsa sebelum burung walet masuk menginap semula. Begitulah sensitifnya deria bau burung walet.
Di pasaran terdapat pelbagai jenis aroma yang dijual dan susah untuk kita memilih yang mana lebih berkesan. Kami telah mengambil inisiatif untuk menguji aroma-aroma ini dan lihat keberkesanan setiap satu. Kami akan siarkan hasil kajian kami dalam masa terdekat.
Aroma jenama apa yang paling berkesan?