Lokasi
- Pemilihan Lokasi
- Check Lokasi
2.1 Peralatan
2.2 Waktu
2.3 Cara testing
1. Pemilihan Lokasi
Pemilihan lokasi merupakan faktor yang paling penting dalam pembinaan rumah walet. Gagal atau berjayanya sesebuah rumah walet bergantung kepada populasi walet di kawasan berkenaan. Faktor lain seperti suara, design, aroma dan penyelenggaraan akan datang kemudian.
Jika kawasan yang anda pilih itu sesuai, tidak mustahil untuk anda mendapat hasil 5kg-8kg sebulan dalam masa sesingkat 4 tahun sahaja. Pulangan pelaburan pula tidak sampai 5 tahun.
Biasanya populasi burung walet lebih tinggi di kawasan yang memiliki sumber makanan yang tinggi, seperti serangga terbang. Kawasan-kawasan yang biasanya sesuai adalah:
- Berdekatan ladang tanaman seperti kelapa sawit atau getah
- Berdekatan hutan
- Berdekatan kawasan sawah
- Tepi sungai
- Kawasan bukit
- Tepi laut
2. Check Lokasi
Untuk memastikan kawasan berkenaan sesuai dan memiliki populasi walet yang tinggi, petani walet harus terlebih dahulu melakukan “Check Lokasi” (atau secara singkat dipanggil Ceklok). Cara membuat Ceklok amat mudah sekali dan kami akan huraikannya di bawah.
2.1 Peralatan
Pertama sekali anda perlukan peralatan asas untuk membuat testing seperti tweeter, amplifier dan pendrive. Ataupun anda juga boleh membeli set Check Lokasi yang telah dipasang siap seperti di dalam gambar.

Selepas itu anda perlu memuat turun (download) suara Ceklok dibawah dan masukkannya ke dalam pendrive.
2.2 Waktu
Waktu yang paling sesuai untuk melakukan testing adalah:
- Pagi dari jam 7am – 8:30am
- Petang dari jam 5pm – 7pm
2.3 Cara testing
Apa yang anda perlu buat ialah membawa kelengkapan di atas ke kawasan yang hendak diuji. Mainkan suara berkenaan dan perhatikan reaksi burung walet.
Anda akan dapat melihat banyak burung walet yang terbang mengerumuni tweeter jika kawasan berkenaan mempunyai populasi walet yang banyak.
Lakukan Check Lokasi beberapa kali dan pada waktu yang berbeza.
Akan tetapi jika tiada burung walet bermain di tweeter semasa testing dibuat, kebarangkalian rumah burung walet untuk gagal adalah tinggi. Kami cadangkan anda cari tempat lain yang lebih sesuai untuk mengurangkan risiko kegagalan.
PENTING: Pastikan anda melakukan Check Lokasi sebelum mendirikan rumah burung walet untuk mengurangkan risiko kegagalan.