Skip to content

1. Jenis Serangga Perosak

Serangga perosak utama yang boleh ditemui di dalam rumah walet ialah hama, pepijat, lipas, semut dan kutu. Serangga perosak ini biasanya menyerang ibu dan anakan walet yang masih kecil. Jika dibiarkan berleluasa, ia boleh mengakibatkan burung walet berkurangan dan berpindah ke rumah lain.

Cara yang terbaik untuk memerangi serangga perosak ini adalah dengan melakukan penyemburan racun serangga secara bersekala. Jenis racun yang digunakan haruslah sesuai dan selamat untuk rumah walet. Racun ini seharusnya tidak berbau dan tidak membahayakan burung walet. Campuran dan semburan harus dilakukan mengikut arahan yang diberikan di botol racun.

PENTING: Setiap kali pembersihan siap dilakukan, racun serangga harus disemburkan ke dinding dan lantai rumah walet untuk menghindari kutu dan hama daripada naik ke papan sirip.


2. Jenama Racun Serangga Perosak

Jenama racun serangga yang biasa digunakan untuk rumah walet ialah:

  • Kontrol-G
  • Fendona
  • Kutu Trol
  • Eventus
  • Diamond

Kesemua jenama racun diatas boleh dibeli di kedai-kedai menjual alatan walet ataupun secara online di Shopee, Facebook atau Lazada.


3. Perbandingan Jenama Racun

Setiap jenama racun diatas memiliki kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Untuk memudahkan pewalet memilih racun yang sesuai, kami telah menyediakan carta perbandingan antara jenama-jenama tersebut. (Anda boleh zoom masuk gambar di bawah untuk melihat dengan lebih jelas lagi.)

Perbandingan racun serangga untuk rumah burung walet
Perbandingan Jenama Racun Rumah Walet

1. Kontrol-G

Kontrol-G merupakan racun yang dirumus khas untuk rumah walet. Ianya tidak berbau dan bersifat semulajadi. Kontrol-G adalah selamat untuk disemburkan terus ke papan sirip dan juga anakan walet. Ujian keberkesanan yang kami jalankan mencatatkan 100% kadar kematian. Satu lagi kelebihan Kontrol-G adalah ia telah diadun dengan aroma/hormon untuk membantu burung walet menyesuaikan diri di dalam rumah walet. Kami memberikan Kontrol-G rating 5 bintang dan Editor’s Choice kerana keberkesanan dan kelebihannya berbanding dengan racun jenama yang lain.

2. Fendona

Fendona merupakan jenama racun yang paling terkenal di kalangan petani-petani walet. Ia merupakan racun yang mula-mula digunakan oleh petani walet kerana sifatnya yang tidak berbau. Ujian yang kami jalankan juga mencatatkan 100% keberkesanan. Akan tetapi Fendona merupakan racun jenis kimia dan tidak sesuai untuk disemburkan terus ke papan sirip ataupun anakan walet. Fendona merupakan jenama yang paling mahal diantara jenama racun-racun yang disenaraikan diatas.

3. Kutu Trol

Kutu Trol merupakan satu lagi racun yang diadun khas untuk rumah walet seperti Kontrol-G. Ianya juga tidak berbau dan bersifat semulajadi. Racun ini adalah selamat untuk disemburkan terus ke papan sirip dan anakan walet. Namun ujian keberkesanan yang kami jalankan menunjukkan cuma 70% kematian terhadap kekabur rumah walet.

4. Eventus

Eventus merupakan jenama racun yang baru diperkenalkan dalam dunia perwaletan. Racun ini juga tidak berbau dan mempunyai bahan aktif yang sama seperti Fendona. Ianya merupakan racun jenis kimia dan tidak sesuai untuk disemburkan terus ke papan sirip dan anakan walet. Ujian keberkesanan yang kami jalankan juga tidak memberangsangkan dengan kadar 80% keberkesanan dicatatkan.

5. Diamond

Diamond merupakan racun walet yang diimport dari Indonesia. Racun ini berbau kuat seakan racun kimia jenis Malathion. Diamond tidak harus disemburkan ke papan sirip ataupun anakan walet kerana sifatnya yang berbau kuat. Pemerhatian oleh beberapa petani walet Indonesia mendapati burung walet akan meninggalkan sarang yang separuh siap jika terdedah kepada racun ini. Ujian keberkesanan racun Diamond adalah 80%.

Kesemua jenama racun diatas boleh dibeli di kedai-kedai menjual alatan walet ataupun secara online di Shopee, Facebook atau Lazada.


4. Racun yang Dilarang digunakan di dalam rumah walet !!!

Peringatan: Racun perosak yang mengandungi bahan aktif Fipronil tidak harus digunakan di dalam rumah walet. Racun ini merupakan racun kimia jenis residual yang boleh menyerap ke dalam telur, tubuh dan sarang walet. Ianya amat merbahaya kepada burung walet dan juga manusia dan telah diharamkan penggunaannya di ladang ternak ayam kerana risiko keracunan makanan yang tinggi.

Pengggunaan racun Fipronil yang berpanjangan akan merosakkan ekosistem sesebuah rumah walet. Lama-kelamaan populasi walet akan semakin berkurangan. Perkara ini dapat diperhatikan di Indonesia dimana petani walet yang tersalah menggunakan racun jenis Fipronil berjenama Regent mengalami kerugian besar apabila populasi burung walet mereka semakin berkurangan. Fenomena ini dicatatkan di beberapa lokasi di Sulawesi, Kalimantan dan juga Sumatera.

Terdapat pelbagai jenama racun Fipronil yang dipasarkan di Malaysia. Racun ini biasanya digunakan untuk memerangi anai-anai. Jenama yang biasa dijual ialah:

AMARAN: DILARANG DIGUNAKAN DI DALAM RUMAH WALET

  • Chalcid 5.0SC
  • Axium 5SC
  • Bureau 5.0SC
  • Husky 5SC
  • Regent 50SC
  • Fipest 5SC
  • Miflex 5 SC
  • Legend 5.0SC
  • Termite-Ban
  • ZA Region 50
  • Finil 5SC
  • Rainnil 5SC
  • bm Masconil 5SC
  • Agental 5 SC
  • Legacy

Terdapat banyak lagi jenama-jenama racun Fipronil yang tidak disenaraikan di atas. Untuk mudah mengenali racun jenis Fipronil ini, anda cuma perlu melihat label pada botol racun tersebut. Biasanya ia disenaraikan sebagai Perawis Aktif: Fipronil.

Racun rumah walet dilarang Fipronil

Can fipronil affect birds or other wildlife?

In one study, Fipronil was found to be highly toxic to birds, but practically non-toxic to ducks. Fipronil was also found to be highly toxic to honey bees, but not toxic to earthworms.

Kes keracunan Fipronil di dalam telur ayam telah hebah di Eropah pada satu ketika. Ia disebabkan oleh pengusaha ayam telur yang telah menggunakan racun Fipronil di dalam reban ayam. Racun ini telah diharamkan daripada digunakan di kawasan pemeliharaan ayam kerana sifat toxicnya yang tinggi terhadap binatang, burung dan manusia.

racun rumah walet fipronil
Racun rumah walet fipronil
racun rumah walet fipronil
racun rumah walet fipronil