Skip to content

Siapa kami?

Infowalet dengan kerjasama dari para konsultan dan Pejabat Veterinar Daerah telah mengambil initiatif untuk memberikan bimbingan dan infomasi secara percuma tentang selok belok industri perwaletan kepada semua petani walet. Biasanya infomasi dan maklumat penting ini dirahsiakan dari pengetahuan umum.

Ilmu berkenaan dengan lokasi, design dan tataruang, adunan suara dan tweeter, penggunaan racun yang sesuai, aroma/hormon yang berkesan dan pengurusan yang betul adalah amat penting untuk kejayaan sesebuah rumah walet.

Kami akan cuba menghuraikan semua aspek perwaletan secara menyeluruh dalam bahasa yang mudah difahami oleh semua. Kami juga akan melakukan review produk-produk walet seperti suara, racun, aroma, humidifier, amplifier, tweeter dll dari masa ke semasa.

Kami berharap anda semua akan mendapat manfaat untuk sama-sama menjana pendapatan yang lumayan dari perkongsian ilmu ini. Di laman ini terdapat banyak video dan gambar yang kami ambilguna dari Facebook, group-group whatsapp dan juga laman web perwaletan. Kami mohon dihalalkan semua.

Jika anda mempunyai infomasi atau apa sahaja yang ingin dikongsikan bersama, sila email kepada kami di infowalet@gmail.com. Harap kita semua dapat sama-sama menyumbang kepada industri perwaletan Malaysia.